Tuesday, January 27, 2009

Selamatkan GAZA















SKrang dh kira hampir 1 bulan Israel menyerang Palestin @ Gaza... namun apa yang kita sbg rakyat Malaysia iaitu sebuah negara yang dipelopori oleh rakyat yang beragama Islam bantu??? walaupun begitu sedih dan pilu nya hati kita melihat anak-anak kecil berlumuran darah, orang yang tak bersalah dihukum dek kerana kekejaman Israel, kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain memboikot barang keluaran mereka... bukan kita kejam atau pentingkan diri sendiri, tetapi kita perlu memikirkan banyak perkara sebelum memberi pertolongan kepada mereka.. mungkin jika kita memberi bantuan kepada mereka, negara kita juga akan diserang??? makin bertambah ramai lah mangsa-mangsa yang tidak bersalah dihukum.. kita sebagai negara Islam yang kecil perlu juga memikirkan keselamatan rakyat kita sendiri... Sungguh kejam mereka. Manusia yang berperangai seperti binatang... binatang mungkin jauh lebih baik dari mereka... Ya Allah, lindungi lah orang-orang yang tidak bersalah itu. Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah berganding bahu sama-sama memboikot barangan Israel dan sekutunya. hanya dengan cara itulah kita mampu tolong. sekurang-kurangnya ada juga rasa prihatin kita pada saudara Islam kita yang sedang sengsara sekarang. bilakah peperangan kejam ini ada berakhir? sudah lah cukup lah .. kasihani lah mereka. kadang kala apabila membaca berita tentang peperangan ini, ingin sekali aku menanggis. tapi adakah tangisan aku itu akan memberi apa-apa makna kepada mereka?? tidak.. ia hanya sia-sia. hanya satu yang perlu aku lakukan iaitu memboikot barangan mereka. biar mereka terasa akan kuasa membeli umat Islam amat besar.. sekurang-kurangnya ia adalah cara untuk menunjukkan ketidakpuashatian kita kepada mereka. sebagai seorang muslim, aku telah melakukan tugas aku dengan memboikot barangan mereka. mungkin kita susah untuk tidak menggunakan barangan mereka, tetapi cubalah.. aku telah cuba untuk tidak membeli barang mereka yang sering aku gunakan... aku percaya kamu pun boleh buat. selain itu, sama-sama lah kita mendoakan keselamatan dan kesihatan mereka. mendoakan agar peperangan ini dapat berakhir... itu sahaja yang mampu kita lakukan dari jauh... kita tidak mampu berperang melindungi negara itu. kita juga tidak mampu menyelamatkan mangsa-mangsa yang tidak bersalah itu. sekarang masa mereka susah, mungkin nanti masa kita pula. siapa tahu kan?

No comments: