Maafkan aku
Andai aku bukan insan terbaik
Andai aku bukan pendengar setia
Andai aku bukan insan setandingmu
Maafkan aku
Kerna hari itu
Aku terlalu membencimu
Benci sangat-sangat
Kerana hari itu
Aku terlalu menuduhmu
Tuduh sangat-sangat
Kerana hari itu
Aku terlalu kecewa kernamu
Kecewa sangat-sangat
Maafkan aku
Kerana keegoaanku
Kerana kelemahanku
Kerana kesombonganku
Dan kerana itu aku juga yang lebih terluka
Andai suatu hari nanti
Aku menemui pengantimu
Tidak pernah akan ku lupa
Cinta sahabat yang satu itu dulu
Andai suatu hari nanti
Aku melupakanmu juga
Namun tidak pernah ku lupa
Jasamu yang mengunung itu
Andai suatu hari nanti
Aku menemui kau jua
Namun aku pasti
Tak mungkin kita akan kembali
Seperti dahulu lagi
Maafkan aku sahabat…
13 April 2009 3.40AM di bilik kolej
Saturday, April 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment