Thursday, February 26, 2009

Aku Benci Kamu

AKU BENCI KAMU

Malam ini hatiku agak kurang tenteram. Kenangan itu sekali sekala masih menghantui diriku ini. Ohh bodohnya aku. Aku telah cuba untuk menjadi insan yang pandai, tetapi tidak tercapai. Ohh Tuhan berikan aku kekuatan untuk melupakannya… sehingga kini aku tidak mampu melupakan dirinya.. dia bukanlah darah dagingku dan dia bukanlah kekasihku. Namun dia pernah menjadi seorang sahabat yang sangat baik untukku. Mungkin takdir telah menentukannya. Kami bukan lagi sahabat seperti dulu. Setelah sekian lamanya aku dapat melupakan dia tetapi entah kenapa malam ni hatiku sedikit terusik. Mungkin bukan sedikit… mungkin lebih sesuai disebut ‘hatiku banyak sedikit terusik’. Oh Tuhan… berikanlah aku kekuatan untuk terus hidup dengan tenang. Cukuplah sudah 4 tahun ia berlalu. Kisah pahit itu patut aku buang terus dari memori hidupku ini.. tapi aku tak mampu. Ohh Tuhan, aku bukanlah seseorang yang mudah melupakan seseorang yang pernah aku sayangi. Aku juga bukan homoseksual yaa. Aku seorang gadis yang normal. Seorang gadis yang pernah mengharapkan sebuah persahabatan yang kekal abadi tetapi takdir telah menentukan bahawa persahabatan yang aku harap kekal abadi tu musnah begitu sahaja. Hapus saja janji-janji manis yang pernah termentrai dahulu. Janji tinggal janji.

Sehingga kini, aku masih mengotakan janjiku wahai sahabatku. Bagaimana pula dengan kamu? Aku masih ternanti-nanti sahabat baikku dulu. Ohh aku amat keliru dengan perasaanku ini. Adakah aku membenci dirinya kerana dia melupakanku? Kerana melukakanku? Kerana meninggalkanku? Kerana mengkhianatiku? Kerana dia bukan dia yang aku kenali dulu? Atau kerana aku amat menyayangi dirinya? Yang mana satu? Yang pasti aku memang membenci dirinya. Benci tak terkata. Namun, aku juga sering mengambil tahu tentang kehidupannya sekarang? Bagaimana dia sekarang? Adakah dia bahagia? Adakah dia dapat apa yang dia impikan? Adakah dia telah melupakanku? Ya dia mungkin telah melupakanku. Aku saja yang selalu menanyakan khabar tentang dirinya tetapi dia tidak. Aku tidak kisah itu. Apa yang penting bagi aku, dia sedang bahagia sekarang. Aku juga telah berjaya memaafkan dirinya.

Begitu susahnya aku berusaha untuk memaafkan dirinya. Begitu susah jugalah aku untuk cuba mencari kekuatan diri untuk menjadi insan baru. Inilah aku sekarang. Mungkin juga aku ego. Tetapi aku bukanlah seorang yang tidak menghargai nilai sebuah persahabatan. Nilai kasih sayang. Nilai keikhlasan dan kejujuran. Ohh kamu memang telah menyalahgunakan kejujuran yang telah aku berikan. Tidak apalah. Itu kisah lalu. Aku telah memaafkanmu. Namun apa yang pasti, kita tidak akan menjadi sahabat seperti dulu. 4 tahun itu sangat lama. Sangat lama untuk aku membina kekuatan yang telah aku bina sedikit ini. Aku tidak tahu berapa tahun lagi yang aku perlukan untuk melupakan kamu sepenuhnya. Mungkin orang akan beranggapan aku ni sedikit EMO… bagi aku ‘ who cares?’… INI AKU. Aku biarkan saja kalau mereka mahu mengatakan aku ni pelik. Bagi aku pelik itu unik. Ya inilah prinsip yang sentiasa aku pegang selama ini. Mungkin aku pelik kerana masih menyayangi dirinya, kerana terlalu melayan perasaan kecewa ini, kerana masih mengharapkan persahabatan yang telah lama musnah ini.

Keadaan tidak akan berputar kembali tetapi kenapa perlu aku mengenangkan kembali kenangan ini? Aku sendiri pun tidak pasti. Aku bersyukur kerana peristiwa ini berlaku kepadaku. Sekurang-kurangnya aku dapat belajar untuk tidak terlalu menyayangi seseorang yang bukan darah dagingku, belajar untuk tidak mempercayai orang lain selain ahli keluargaku sendiri, belajar untuk menghadapi cabaran hidup ini, belajar untuk tidak terlau mengharapkan sesuatu perkara itu dan belajar untuk hidup dengan lebih baik. Ya aku punya kawan yang ramai. Tetapi aku tidak punya sahabat yang satu itu. Mungkinkah aku takut jika kekecewaan dulu berulang kembali? Mungkin juga. Mungkin juga dulu aku terlalu lurus. Tetapi tidak kini. Aku telah banyak belajar erti hidup. Banyak lagi cabaran yang perlu aku tempuhi. Itu hanyalah sebuah ujian yang kecil. Ohh pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku perlu menyayangi sahabat yang aku miliki sekarang ini lebih dari aku menyayangi dirinya yang sudah lama melupakanku.

Sehingga saat ini, aku masih tertanya-tanya kenapa ini terjadi? Sampai hatinya mengkhianati kepercayaanku. Apakah kesalahanku? Pernahkah aku melukai dirinya? Apakah semua kenangan manis itu hanya sandiwara semata-mata? Dimana hilangnya dia yang dulu aku kenali? Adakah aku bukan sahabat yang baik? Adakah percintaan itu lebih penting dari persahabatan? Apakah kenangan suka duka kita itu tiada makna buat dirinya? Adakah dia masih menyayangiku? Adakah dia masih menantikan kemaafanku? Adakah dia masih mengharapkan persahabatan kita dulu? Adakah dia sudah bersedia menjawab semua soalan yang telah lama bermain di fikiranku ini? Mungkin pabila dia menjawab semua soalanku ini, barulah hidup aku lebih tenang. Ohh sahabat, maafkan aku juga. Aku tidak mampu melupakan kamu. Aku juga tidak mampu menjadi insan yang terbaik. Inilah aku, Adhani. Apabila kita sudah mula menyayangi seseorang itu, itu bermakna kita juga sudah bersedia menerima kelemahan dirinya. Kamu saja yang tahu siapa aku. Kamu jugalah insan yang amat memahamiku. Tapi kamu pergi mengejar cinta kamu yang tidak begitu pasti itu. Membuang cinta sahabat ini begitu saja. Ia memang menyakitkan. Mungkin kamu tidak dapat merasakannya kerana bagimu cinta itu segalanya. Tidak bagiku. Allah itu Maha Adil. Suatu hari nanti, mungkin ia akan berputar kembali kepadamu. Pada masa itu mungkin kamu baru sedar erti sebuah persahabatan itu. Ia lebih bermakna dari sebuah percintaan yang entah kemana penghujungnya. Kekasih boleh berganti. Tetapi bukan sahabat sejati… -2.17am 25/2

No comments: